ASAMPEDAS @ Metro Ahad



Terima Kasih Pn Noriah Idris, Dari Metro Ahad Bersama Zain Zaidin


Makan-makan: Tarikan asam pedas

Oleh NORIAH IDRIS
nori@hmetro.com.my

“MASAKAN asam pedas Melaka ini mempunyai rasa lain daripada yang lain. Daun limau purut digunakan dalam ramuan membuatkan aromanya begitu memikat,” kata Zain Saidin yang julung kali berkunjung ke Restoran Asam Pedas di Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dia menggemari masakan asam pedas daging dan ikan tenggiri yang dicampurkan bersama daun kesum atau daun limau purut serta belacan sehingga mempunyai keenakan tersendiri.

Zain mengakui gemar makan nasi tetapi jumlahnya sederhana kerana mengambil nasi berlebihan tidak elok untuk kesihatan.

Selain memastikan kandungan zat dalam makanan sesuai dengan kadar diperlukan tubuh, dia mengakui masakan Melayu sering kali berkuah dan berminyak menyebabkan dia memilih meratah lauk-pauk untuk mengawal berat badan.

“Saya sukakan asam pedas Melaka kerana ia boleh meneutral semula kandungan lemak yang saya makan kerana kadar karbohidrat yang tinggi boleh menjejaskan kesihatan jika metabolisme kita rendah,” katanya.


Sebagai orang yang sibuk di lokasi drama, memperagakan fesyen, penggambaran iklan, Zain yang juga duta bagi pakaian sukan tidak menafikan memerlukan stamina bagi kemantapan diri.

Untuk itu, pelakon berusia 28 tahun ini sering menghabiskan masa di gimnasium bagi mengekalkan berat badan sewajarnya selain memastikan indeks jisim badan (BMI) berpatutan dengan usia serta ketinggian.


Sementara itu, pemilik restoran berkenaan, Ashaari Mohd Nasir, 36, berkata resipi yang diperturunkan ibunya, Saedah Ahmat, 62, membawa kepada pembukaan restoran itu adalah inspirasinya buat insan istimewa dalam hidupnya.


Dia mengekalkan rasa sebenar asam pedas kerana mahukan menu itu terus melekat di hati, lantas merintis restoran itu sejak 2004 dengan rumusan rempah-ratus tersendiri.


“Sebenarnya, apa yang saya lakukan untuk restoran ini adalah pernyataan sayang terhadap kampung halaman selain saya sendiri memang penggemar nombor satu asam pedas.


“Saya yakin asam pedas tetel (sejenis urat bercampur daging yang amat popular di Melaka) tetapi di restoran ini saya memanfaatkan daging sepenuhnya untuk masakan itu, selain asam pedas ikan (tenggiri dan pari) dan kepala ikan.


“Bahkan, menu lain seperti cucur udang Alor Gajah, tapai pulut Masjid Tanah, nasi goreng belacan Klebang dan banyak lagi memang menjadi sebutan ramai terutama yang pernah berkunjung ke restoran ini.


“Moto restoran seperti: ‘Apa kabau? Meh pekena asam pedas’ berunsurkan nilai tempatan bagi menggambarkan keindahan Melaka Bandar Bersejarah dan ia menjadi tarikan kepada orang ramai,” katanya.


Selain itu, hidangan dalam bentuk set agak berbaloi kerana hanya RM9 bagi set yang mengandungi nasi putih, telur dan ikan masin, ulam-ulaman serta asam pedas (kecuali kepala ikan). Set RM12.50 pula hampir sama seperti set RM9 cuma sedikit menunya ditambah iaitu sayur campur, teh ‘O’ ais serta tapai pulut Masjid Tanah.


Sesekali, penggemar mahu bertukar kepada masakan barat dan dia turut memperkenalkan menu asas seperti kentang, ‘fish and chip, nuget, stik black pepper dan chicken chop.’


Ashaari mengakui, kopi Melaka dan karipap Cik Ros turut dijadikan menu menarik memandangkan ia cita rasa ciptaan arwah neneknya, Hasnah Ani yang dihasilkan sejak 1968 dan kini diusahakan secara sejuk beku.


Ditanya mengenai usahanya mengembangkan lagi perniagaannya, dia mengakui mengintip beberapa lokasi sesuai misalnya di hentian rehat Lebuhraya Utara-Selatan di samping bakal membuka cawangan di Singapura dalam masa terdekat.




Resipi Asam Pedas Tenggiri



Bahan:


2 ketul ikan tenggiri

10 tangkai cili kering
2 butir bawang besar
5 ulas bawang putih (dikisar)
1.5 sentimeter kunyit hidup
2.5 sentimeter belacan
1 cawan air asam jawa
1 batang serai (diketuk)
4 helai daun limau purut
Sedikit minyak dan air
Garam secukup rasa


Cara memasak:


1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga garing dan naik bau.

2. Masukkan air asam jawa dan sedikit air serta serai yang diketuk.
3. Masukkan garam secukup rasa dan biarkan hingga mendidih.
4. Masukkan ikan tenggiri dan daun limau purut, biarkan hingga mendidih.
5. Siap dihidang.
* Boleh dimasukkan sayur bendi jika mahu.

  • Alamat: Asampedas Food & Beverage, 6, Jalan Jelatek 1, Jelatek Business Park, 54200 Kuala Lumpur
  • Telefon: 03-425 25 645
  • Facebook: www.facebook.com/asampedas
  • Asampedas Kini Join Geng Saya Anak Melaka

    Joinlah Fesbuk "Saya anak Melaka" bagi menratkan silaturrahi antara kita! :0

    Fesbuk......Mukabuku....?


    Asampedas kini boleh berinteraksi di Laman sosial Facebook!
    www.facebook.com/asampedas
    Jadilah "Friend" Asampedas!

    Hidangan "Ala Kenduri" sempena Ramadan al Mubarak




    Kami menghidangkan Hidangan Ala Kenduri bagi mengubati kerinduan anda pada kampung halaman dengan masakan kampung. :) Terdapat juga Ikan Bakar ala Melaka: ikan pari, cencaru & Siakap. Pasti menyelerakan! Selamat berpuasa. untuk tempahan ruang: 013-248 2488, 012-228 1112 (call @ sms) 03-425 25 645( jam 4ptg - 11.00mlm)

    Peluang Perniagaan Mampu Milik!




    29/6/2010 - Kami masih dalam perbincangan dengan bhgn pembangunan usahawan bagi AsamPedas Kiosk. bagi sesiapa yang berminat untuk memiliki kiosks Asampedas tersebut bolehlah hubungi kami untuk keterangan lanjut : 0122212727

    Pada Masa yang sama, kami akan berbincang dengan FRANCORP bagi penyediaan kiosks Mampu milik "Karipap CHE ROS" dan juga kerjasama pihak Jabatan Pertanian bagi bantuan keperluan Kilang Kami di Melaka.

    insyaallah!

    Asampedas@Warung Kita Astro

















    Terima Kasih Pihak Warung Kita Astro sudi bertandang ke restoran kami. bersama kami ketika itu, En Farouk, & Sharifah Shahira. hidangannya seperti Set AsamPedas Ikan Pari Tenggiri & Daging berserta Karipap Che Ros!

    Promosi!!!


    Untuk Peminat AsamPedas Melaka! Rasakan keaslian & keenakan sebenar Asam Pedas Ikan Parang & Jenahak.. Stok Harian adalah terhad!

    NyamNyam! Pilihan 1 Malaysia



    Asampedas! Bakal menyaingi produk Tomyam!

    Peluang Perniagaan














    Akan datang! bakal memberi peluang untuk menceburi bidang perniagaan kiosks jenama AsamPedas Kami di tempat anda.

    Segala pertanyaan & cadangan boleh ajukan pada saya atau email kepada saarimnasir@yahoo.com

    tq! :)


    Kami menyediakan Konsep kiosk, Bahan Promosi dan Pelbagai Produk seperti: Asampedas Set, Karipap Che Ros, Epok Epok Sayur,Tapai Pulut, Tapai Aiskrim, Taibak (cendul Nyonya) dan Buah Melaka :)

    baucer utk anda!


    Sila Print & kunjung ke kedai kami..:)

    Berwajah Baru?


    Restoran Asampedas
    Berwajah Baru!!

    Che Ros Karipap Frozen!! Wajah Baru!


    Alhamdulillah diatas sokongan anda terhadap produk ini, Karipap frozen Che Ros kini berwajah baru . Karipap dgn tiga jenis rasa iaitu ayam, daging dan sardin yang boleh didapati di restoran asampedas setiawangsa, juga boleh didapati di Kedai daging Perfect Fresh & Frozen di waterfront Ampang fasa 2 dan di Seksyen 7 Shah Alam. Segala Pertanyaan sila hubungi 0133319909. Memang Sedap!

    Ramadan yang Mulia




    Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

    “Selamat Berpuasa” kami dari AsamPedas ucapkan.

    Sempena Bulan Ramadan yang mulia ini, kami akan mengadakan majlis berbuka puasa meraikan Anak-anak yang kurang bernasib Baik dari Sek Keb Desa Setapak. Seramai 24 orang kanak kanak dikenal pasti oleh pihak pengurusan sekolah tersebut ini terdiri daripada anak yatim-piatu, anak istimewa (OKU) dan anak dari keluarga yang daif. Tanpa Sokongan Pihak Tuan & Puan, siapa lagi yang akan membantu mereka itu dengan izin Allah moga murahnya rezeki kita semua... Amin! Semoga dengan Niat hati kita yang murni, dapatlah kiranya pihak tuan menyokong kami bagi membantu meringankan beban dan menceriakan anak anak itu. Setiap Sumbangan akan dibahagi 24 orang kanak kanak tersebut sebagai saguhati utk mereka. Sumbangan berupa barangan juga dialu-alukan. Terima Kasih. Majlis tersebut InsyaAllah akan diadakan pada Ahad, 13 September 2009

    di Restoran AsamPedas. Pertanyaan sila hubungi kami: 013-248 2488, 012-221 2727


    Ramadan Buffet @ AsamPedas Setiawangsa KL


    Sempena bulan yang mulia ini kami menyediakan hidangan buffet utk mengubati rindu anda pada masakan ibunda di kampung.... Sila buat tempahan dahulu kerana ruang kedai kami yang terhad.
    Untuk tempahan sila hubungi atau sms no hp anda/ nama/ bilangan ke 013-2482488 dan 012-2281112. Terima Kasih. Selamat Berpuasa..

    AsamPedas@Ramadhan

    Selamat Berpuasa!
    Kiosks kami kini berada Pasar Ramadan di Taman Melur, Ampang.
    Dengan Laungan ....Asampedas Melaka, Buat Sahur dan berbuka!!! :)
    dan juga laungan Asampedas... tapai pulut dan karipap!!! itulah gerai kami..
    situ terdapat 3 pilihan Asampedas, Karipap Che Ros, Tapai Pulut dan Juga Belacan & cencaluk segar!!

    Kiosk Asam Pedas


    Untuk Makluman Tuan dan Puan, Kami memiliki cawangan gerai AsamPedas di Kelana Jaya (di Food Court Stadium Bola Kelana Jaya sebelah tasik). Ini adalah satu cara kami memperkenalkan Masakan Kami . Kami masih mencari lokasi lain yang menarik untuk Asampedas di tempat Anda. Kiosk - 0133319909 atau 0122212727

    sekadar promosi :)




    Promosi salah satu strategi kami untuk menghangatkan lagi kedudukan dan jualan di kedai kami. Selain itu saya memohon jasa baik tuan puan bagi membantu kami mempromosi kedai kami sebagai perkara mulia bagi membantu kestabilan Restoran Asam Pedas Kami, Terima Kasih. :)

    Asam Pedas di Metro Ahad


    Asam Pedas di keluaran Metro Ahad 24 Mei 2009 di ruangan Ekspresi.
    Di Halaman tersebut ada memaparkan resepi Asam Pedas Daging dan Sedikit Ringkasan AsamPedas dan Restoran Ini. Disini kami menyatakan bahawa restoran kami menyediakan pelbagai jenis Asampedas (berlainan Aroma dikuahnya) Terima Kasih Puan Ainon dan Pengurusan serta kakitangan dari Harian Metro diatas Jasa anda.. mempromosi Restoran Kami.

    kedai....kita!!


    Terkenang kembali...



    Majlis diatas adalah majlis meraikan anak yatim berbukapuasa dari kawasan Ampang. Ketika itu turut memeriahkan majlis itu ialah Rosma, Atie, Aza, Nija, NorKhiriah dan Jasmin Hamid. Terima Kasih, kerana sudi melayani adik adik ini... Pada Tahun kemudiannya, Majlis ini di teruskan dengan kunjungan anak yatim, anak kurang mampu dan anak Kurang upaya dari Sek Keb Desa Setapak. Terima Kasih Guru Besar dan guru terlibat di atas kerjasama beliau.. Sama samalah kita berdoa akan kesejahteraan anak anak itu.. Semoga Majlis ini dapat kami adakan pada setiap tahun, Insyallah.

    terima kasih, daun Keladi..:)

    Terima Kasih.... KNizam Artwerk (Flickr) diatas petikan gambar diatas :)
    Berikut adalah sebahagian dinding kedai kami yang memaparkan
    karikatur pemimpin dan celebriti yang dihasilkan oleh Saudara Don.

    Sebelum (Bismillah) & Selepas (Alhamdulillah)
    Terima Kasih, @dipek (Flickr) diatas petikan gambar tersebut... menarik

    Namun itulah hakikatnya... peminat AsamPedas...Licin...! :)

    AsamPedas Kepala Ikan :)


    Ha...! nie dia AsamPedas Kepala Ikan (beraroma daun limau purut dan bunga Kantan) kat tengah tengah tu.... kiri adalah Sayur Kailan ikan Masin dan dikanan adalah Daging Masak Merah bersama Air Mata Kuching.
    Gambar berikut di ambil oleh saudara Ted Adnan. Thanks Ted!
    patut kena ambil gambar sesudah makan...... ( hirup sakan..!!!) :)

    Mohon Perhatian!

    Utk Makluman Semua:

    Kadang-kadang kita asyik menilaikan keenakkan sesuatu masakan, terutamanya AsamPedas mana yang Asli? Seperti TomYam mana yang Asli? Bertuah lah Asampedas kita boleh didapati dimana-mana..bakal bertanding ngan Tomyam. :) AsamPedas diMelaka juga dikenali sebagai MasakAsam.

    Sejujurnya saya menyatakan disini resepi Asampedas di kedai kami adalah asli. Kerana berdasar cara berlainan resepi kesemua empat menu Asampedas yang kami hidangkan di restoran kami mengikut citarasa resepi masakan rumah di Melaka.

    Kebiasaannya di kedai-kedai yang terdapat asampedas cuma menghasil satu jenis kuah tetapi berkongsi jenis ikan....! itu x salah, tapi nak jimat. Tapi kami pentingkan keaslian... bukan mengikut rasa tekak.. :) fikirlah sendiri....

    Saya selaku anak jati Melaka yang telah dibesar dengan Asampedas lebih mengenali Masakan Tradisi Kita. :)..... pasti hirup!

    Bagi AsamPedas Johor adalah berlainan cara masakan dengan AsamPedas Melaka.

    Terima Kasih..!

    komen "where2makan"

    Salah satu komen dari "where2makan"
    terima kasih diatas pujian tersebut.

    Promosi... promosi....!! :)



    keterangan lanjut? sila ke kedai kami atau hubungi kami 03425 25 645, 013-248 2488

    AsamPedas Ikan Pari


    Beraroma daun Kesum (daun kebiasaan dibuat laksa)
    hanya di restoran asampedas setiawangsa.
    Terdapat dalam hidangan Set untuk seorang dan Saiz - S/M/L